Harith Iskander Pilih Dialog Komedi Untuk 'Cuci 3'

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon utama teater
Pelakon utama teater "Cuci Musical The Last Kopek" terdiri daripada Afdlin Shauki (dua, kanan), Hans Isaac (kiri), Awie (kanan) dan Nabil (dua, kanan). Teater musikal ini akan dipentaskan bermula pada 2 hingga 18 Mac. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengarah Cuci The Musical 3: Last Kopek (Cuci 3) Harith Iskander (Harith) berpuas hati dengan persiapan akhir muzikal berkenaan yang bakal dipentaskan pada 2 hingga 18 Mac depan di Istana Budaya, di sini.

Menurut Harith, secara keseluruhan pementasan pada musim terakhir itu akan dipentaskan dengan lebih santai, ringkas dan tidak meleret berbanding dua musim terdahulu.

"Saya berpuas hati dengan aksi dan lakonan para pelakon menjelang pementasan pada minggu hadapan.

"Selain beberapa isu teknikal yang perlu ditambah baik, saya tidak melihat ada perkara atau masalah lain yang boleh menjejaskan perjalanan teater ini nanti," katanya kepada mStar Online.

Harith ditemui selepas pra tonton khas muzikal itu di Istana Budaya, di sini, malam Jumaat.

Selain empat teraju utama Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac dan Nabil, Cuci 3 masih lagi membariskan Vanidah Imran dan Reefa.

Ia turut menampilkan Douglas Lim yang menggantikan Harith untuk watak Wira, Dina Nadzir (Farah) dan Harun Salim Bachik (Tan Sri).

Harith berkata dia akan menambah baik beberapa aspek khususnya dialog dan jenaka dalam muzikal itu berdasarkan respons awal penonton pada pra tonton tersebut.

"Kita masih ada lebih kurang seminggu menjelang pementasan sebenar pada minggu hadapan.

"Beberapa elemen dalam Cuci 3 yang perlu diperbaiki termasuklah aspek dialog dan jenaka.

"Mana-mana dialog komedi yang berkesan dan mencuit hati penonton akan kita kekalkan tetapi mana yang tidak, kita akan buang," katanya.

Diterbitkan Tall Order Productions, Cuci 3 akan dipentaskan sebanyak 22 pertunjukan termasuk persembahan siang dan malam pada setiap Sabtu dan Ahad.

Tiket-tiket yang berharga RM53, RM123, RM163, RM183, RM203 dan RM303 kini dijual menerusi ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan