Foto Mayat Whitney Houston Dalam Keranda Tersebar - Berita Hiburan | mStar

Foto Mayat Whitney Houston Dalam Keranda Tersebar

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Whitney Houston.
Whitney Houston.

WALAUPUN mayatnya telah disemadikan pada Sabtu lalu, berita mengenai Whitney Houston masih terus hangat diperkatakan dan terbaru foto mendiang telah diterbitkan oleh majalah National Enquirer.

Daily Mail melaporkan, gambar Whitney yang sedang terbaring dalam keranda itu memperlihatkan mendiang tenang dengan mengenakan gaun ungu dan perhiasan.

Selain mendedahkan foto terakhir penyanyi itu, majalah tersebut turut melaporkan beberapa fakta yang tidak diketahui mengenai kesahihannya seperti nilai perhiasan yang dipakaikan dan sandal emas yang disarungkan kepada mayat tersebut.

Foto tersebut dilaporkan di ambil semasa mendiang ditempatkan di sebuah rumah mayat di New Jersey sebelum disempurnakan. Bagaimanapun identiti individu yang mengambil gambar tersebut masih menjadi tanda tanya.

Pemilik rumah mayat tersebut, Carolyn Whigham ketika ditanya mengenai perkara berkenaan enggan mengulas mengenai kejadian.

Akibat penyebaran foto tersebut, National Enquirer telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat yang mengecam tindakan majalah itu menyebar gambar mendiang.

Whitney meninggal dunia pada 11 Februari lalu pada usia 48 tahun. Dia ditemui tidak bernyawa di kamar mandi Hotel Beverly Hilton.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan