Konsert Olivia Newton-John Di Genting Highland Mac Depan

Diterbitkan: Khamis, 23 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Olivia Newton-John.
Olivia Newton-John.

PETALING JAYA: Penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak empat kali, Olivia Newton-John bakal mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminatnya di Arena of Stars, Genting Highlands pada 29 Mac depan.

Konsert berjudul Olivia Newton-John: Live in Concert itu bakal menjadi persembahan keduanya di negara ini dan ia dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn. Bhd.

Bakal mempersembahkan lagu-lagu popular seperti “Hopelessly Devoted to You”, “You’re The One That I Want”, “I Honestly Love You” dan “Physical”, penyanyi berusia 64 tahun ini dijangka tidak akan mengecewakan para peminatnya nanti.

Bintang realiti, Farhan (AF) yang berkemahiran dalam menyampaikan pelbagai lagu bakal menjadi penyanyi pembuka tirai pada konsert tersebut..

Tiket bakal dijual pada harga RM480, RM368, RM268 dan RM168 dan diskaun 40 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli tiket terawal.

Resort World Genting juga turut memberikan tawaran istimewa kepada pemegang kad hotel dan tetamu mereka sebanyak 30 peratus.

Untuk membuat pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau menghubungi Genting Hub Kuala Lumpur di talian 03-2718-1118.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan