Steve Yap Mahu Industri Lakonan Perlu Penglibatan Semua Bangsa

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Steve Yap
Steve Yap

PETALING JAYA: Pelakon Steve Yap, 40, berharap pihak kerajaan dapat meletak syarat bidang lakonan yang hendak dihasilkan sesetengah pihak perlulah melibatkan individu pelbagai kaum.

Steve atau nama sebenarnya Yap Leong Chai berkata, melihatkan perkembangan industri yang semakin maju, sepatutnya, tiada jurang di antara kaum India, Melayu dan Cina dalam menghasilkan sesebuah karya, malah gabungan pelbagai kaum ini mampu menarik ramai khalayak penonton lagi di negara ini.

"Saya tak faham, kenapa negara kita ada drama atau filem India, Cina dan Melayu. Bukankah kita berada di bawah satu 'bumbung'. Mengapa kita perlu mengasingkan karya sedangkan industri dapat menggabungkan bangsa kita ini dalam sesebuah penghasilan drama dan filem?

"Harap-harap, pihak kerajaan dapat campur tangan dalam hal ini dengan memperkenalkan peraturan baru di mana dalam setiap karya yang dihasilkan, perlu ada kepelbagaian bangsa.

"Contohnya, apabila produksi berbangsa Cina menghasilkan karya bangsa tersebut, sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus daripada kalangan bangsa-bangsa lain turut berada dalam karya tersebut," katanya.

Tambah Steve yang pernah berlakon untuk beberapa adegan dalam filem Ombak Rindu, apabila gabungan kepelbagaian bangsa diwujudkan dalam sesebuah karya, industri hiburan tempatan akan menjadi lebih kukuh daripada biasa.

Malah ia dapat menunjukkan keaslian budaya negara Malaysia yang sebenar ke mata dunia.

Sementara itu, bapa kepada seorang anak ini yang turut aktif dalam bidang peragaan berkata, dia bakal menghasilkan sebuah filem seram tidak lama lagi tetapi sedang mencari penaja untuk menggerakkan produksinya.

"Sudah lama saya teringin untuk menerbitkan sebuah filem seram dan skripnya sudah pun disiapkan.

"Cuma sekarang ini saya sedang mencari penaja agar dapat membantu sedikit daripada segi kos pelaburannya sebanyak RM1.5 juta," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan