Monica Belluci Wajah Baru Kosmetik Dolce & Gabbana

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Monica Belluci
Monica Belluci

LONDON: Selepas Scarlett Johansson dan Felicity Jones, kini aktres dan model seksi, Monica Belluci pula yang akan menjadi wajah baru kosmetik jenama Dolce and Gabbana (D&G).

Aktres Itali berusia 47 tahun itu turut mereka khas gincu bibir dengan nama 'The Monica Lipstick Collection' sebagai koleksi baru jenama tersebut.

Wajah Belluci dipilih kerana kesetiaannya menggunakan produk D&G selain tanda persahabatan bersama dua pereka hebat jenama tersebut iaitu Domenico Dolce dan Stefano Gabbana .

"Kami sangat gembira apabila Belluci bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dalam mempromosikan kosmetik baru D&G selain mereka gincu bibir pilihannya.

"Memandangkan dia telah bekerjasama dengan kami selama 20 tahun, rasanya kehadirannya sebagai wajah baru produk ini amatlah sesuai selain memiliki keanggunan wajah yang tidak dimamah usia," kata Dolce.

Dalam pada itu, walaupun usia Belluci hampir mencecah 50 tahun, dia menjadi kegilaan para lelaki di mana sering menjadi model menghiasi pelbagai majalah lelaki.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan