Misha Omar Selamat Bertunang Dalam Majlis Sederhana

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Misha anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim pada majlis pertunangannya semalam.
Misha anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim pada majlis pertunangannya semalam.

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar, 30, menamatkan segala spekulasi mengenai status dirinya apabila memilih juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly,30, sebagai bakal suaminya.

Pasangan itu bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari, Isnin.

Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima.

Penyanyi lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin.

Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak angkat saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka telah membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Misha berharap, semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terlaksana.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil.

"Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan