Kehilangan Latif Ibrahim Beri Kesan Kepada Rakan Seperjuangan

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Latif Ibrahim
Latif Ibrahim

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon veteran Latif Ibrahim yang pulang ke rahmatullah pada petang Isnin akan terus dikenang rakan artis kerana kesungguhannya ketika bekerja dan sikap yang menggemari pelbagai jenis makanan.

Latif atau nama sebenarnya Abdul Latif Ibrahim, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Menurut penyanyi era 80-an, Azlina Aziz, 50, persahabatannya dengan Allahyarham sudah terjalin sejak tahun 1970-an lagi.

"Saya sudah lama mengenali arwah. Ketika itu, sebuah program televisyen kelolaan arwah ibu Normadiah telah memperkenalkan arwah sebagai penyanyi.

"Hubungan kami rapat dan saya menganggapnya sebagai seorang abang yang baik dan ikhlas," katanya ketika ditemui mStar Online di kediaman Allahyarham di AU3, Keramat, di sini, malam Isnin.

Azlina berkata kesungguhan dan keikhlasan Allahyarham dalam bidang nyanyian tidak dapat disangkal kerana dia akan melakukan kerjanya dengan komited walaupun ketika sedang sakit.

"Saya kagum pada komitmen dan kesungguhannya dalam nyanyian. Keikhlasan Allahyarham ketika kami mengadakan persembahan bersama melancarkan kerjasama kami.

"Tidak kira sihat atau sakit dia akan lakukan kerjanya dengan bersungguh-sungguh. Banyak ilmu yang saya peroleh daripadanya selama ini," katanya dalam linangan air mata.

Seorang lagi rakan Allahyarham iaitu penyanyi Halil Chik, 61, pula berkata terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tempoh persahabatan mereka yang mencecah puluhan tahun itu.

"Bagi arwah, muzik bagaikan terapi dan memberikan tenaga. Sebab itu dia akan bersungguh-sungguh dalam nyanyian.

"Sama ada sihat atau kurang sihat, dia tidak pernah mengeluh dalam kerjanya dan bijak menguruskan masa," katanya.

Halil menambah, seperkara yang tidak boleh dilupakan apabila mereka keluar makan pada saat-saat akhir sebelum Allahyarham dimasukkan ke hospital.

"Arwah seorang yang suka makan dan gemar mencuba pelbagai jenis makanan. "Saya dan rakan-rakan lain sempat keluar makan “Stimboat” dengannya sebelum dia dimasukkan ke hospital pada minggu lalu," katanya.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Sfarifah Aini, Hail Amir, Abu Bakar Omar, Datuk Ahmad Tamimi dan Rozie Rashid.

Sementara itu, seniwati Azean Irdawaty yang dihubungi mStar Online meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat melawat Allahyarham ketika dimasukkan ke IJN, mahupun ketika pemergian seniman itu.

"Saya tidak terkejut dengan berita ini kerana sudah tahu dia tenat beberapa hari lalu.

"Cuma yang sedihnya, sebagai seorang rakan yang pernah sama-sama menjayakan pelbagai persembahan nyanyian, saya terkilan kerana tidak dapat melawat Allahyarham sejak dia dimasukkan di wad lagi, kerana saya pun tak berapa sihat.

"Apa yang mampu dikata adalah ucapan takziah buat keluarga Latif dari saya," katanya sebak.

Selain penyakit jantung, Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 12 tahun lalu.

Bagaimanapun sejak tahun lepas, Allahyarham sudah tiga kali dikejarkan ke IJN akibat serangan yang sama.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Beliau turut popular dengan lagu Nora, Pilihlah Aku, Mengenang Dikau Kembali dan lagu joget Manis Kata Di Bibir Saja.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, kira-kira pukul 10 pagi, Selasa.

Selain Masriah, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak iaitu Mohd. Hezriq,35, dan Heznally,34.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan