Ketiadaan Dewan, Katering Punca Scha & Awal Tangguh Kahwin

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Scha Al-Yahya
Scha Al-Yahya

PETALING JAYA: Masalah ketiadaan dewan dan juga katering yang kebanyakan sudah habis ditempah menyebabkan pelakon Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 28, berkata, selain faktor itu, mereka juga terpaksa memberi laluan kepada perkahwinan pasangan Yusry dan Lisa Surihani yang akan berlangsung pada Khamis ini.

“Keadaan kami sekarang boleh diibaratkan seperti bertarung dengan masa untuk persiapan majlis perkahwinan ini. Selain sibuk dengan komitmen kerja, ada beberapa kesulitan iaitu isu dewan dan katering yang sudah habis ditempah kerana bercanggah dengan majlis perkahwinan orang lain.

“Agaknya makin ramai orang yang berkahwin pada tahun ini. Sehingga hari ini kami belum berani untuk mengumumkan tarikh tertentu bagi majlis perkahwinan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, Isnin.

Ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan baru yang dikatakan akan berlangsung pada sekitar Mei depan, Scha memberitahu biar apa pun masalah yang melanda mereka sudah memutuskan untuk bernikah pada pertengahan tahun ini juga.

“Walau apa pun keadaan dan kesulitannya, saya yakin ia akan dapat diatasi mengikut perancangan. Harapan kami agar apa juga masalah berkaitan persiapan majlis ini akan dipermudahkan oleh Tuhan.

“Sebolehnya, kami tetap akan bernikah selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini juga,” katanya.

Menjawab pertanyaan lain kononnya dia terpaksa berhenti berlakon demi menjaga ibunya yang sakit, Scha berkata dia sudah kembali ke lokasi penggambaran memandangkan keadaan orang tuanya itu sudah beransur baik.

“Memang betul sebelum ini saya berehat sekejap untuk menumpukan perhatian dan menjaga ibu yang jatuh sakit. Ibu saya menderitai beberapa komplikasi penyakit yang melibatkan buah pinggang, tisu cakera teranjak (slipped disc) dan serangan jantung.

“Dia memang tidak boleh bangun dan berjalan sebelum ini, sekali gus saya berasa terpanggil untuk menjaga dia sampai sembuh,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan