Cuti Berlakon, Anita Baharom Seronok Jual Beg

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita Baharom bersama suami Mohd Ismadi Ismail dan dua anaknya Syifa Dhia Nurina, 5, dan Mohamad Dhia Iskandar, 7 bulan.
Anita Baharom bersama suami Mohd Ismadi Ismail dan dua anaknya Syifa Dhia Nurina, 5, dan Mohamad Dhia Iskandar, 7 bulan.

KUALA LUMPUR: Pelakon Anita Baharom berkata tempoh berehat panjang daripada dunia lakonan sejak setahun yang telah dimanfaatkan dengan menceburi cabang perniagaan beg tangan.

Pelakon berusia 28 tahun itu berkata selain menjalankan kewajipan dalam urusan rumah tangga, dia menggunakan waktu terluang itu untuk menjual beg berjenama Sophie Paris secara kecil-kecilan dari rumah.

“Kalau dikutkan, saya baru sahaja menceburi bidang perniagaan beg ini secara kecil-kecilan. Ia berkonsepkan pemasaran berjenjang (multi-level marketing).

“Saya adalah artis pertama yang diberikan kepercayaan sebagai agen Sophie Paris. Alhamdulillah, walaupun baru beberapa bulan, sambutan yang diterima adalah memberangsangkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Anita kini terpaksa bercuti panjang daripada dunia lakonan kerana masih menyusukan anaknya, Mohamad Dhia Iskandar, tujuh bulan.

Selain Mohamad Dhia Iskandar, Anita turut mempunyai anak perempuan Syifa Dhia Nurina, 5, hasil perkahwinannya dengan penerbit program dalaman Astro, Mohd Ismadi Ismail.

Anita berkata tujuan dia menceburi bidang perniagaan itu adalah bagi menambah pendapatan keluarga memandangkan dia sudah tidak aktif berlakon sejak kelahiran anak keduanya.

“Asalnya, saya cuma suka-suka untuk mengisi masa lapang saja, tetapi tidak sangka pula ia berkembang dengan baik.

“Daripada saya mengharapkan pada suami sepenuhnya, dapatlah juga saya jana pendapatan tambahan menerusi perniagaan ini. Ia pun tidak rumit dan dapat dilakukan dari rumah sahaja,” katanya.

Pelakon filem Dunia Baru The Movie itu berkata, dia sudah terlalu rindu untuk kembali berlakon tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana belum bersedia meninggalkan dua anaknya untuk keluar bekerja.

“Apabila sudah terlalu lama berehat dan menghabiskan masa bersama anak-anak setiap hari, saya jadi keberatan pula untuk tinggalkan mereka dan keluar bekerja.

“Tetapi itu bukan bermakna saya hendak berhenti berlakon kerana lakonan adalah jiwa saya. Mungkin kena tunggu anak-anak besar sedikit dan semakin cerdik, baru saya berlakon semula,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan