Calon Protege Ella Tidak Semestinya Rock & Ranggi

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ella ketika menilai para peserta sesi uji bakat Mentor musim keenam di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Sabtu. Turut kelihatan komposer tekenal Ajai (kiri). - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Ella ketika menilai para peserta sesi uji bakat Mentor musim keenam di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Sabtu. Turut kelihatan komposer tekenal Ajai (kiri). - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Ratu rock Ella berkata calon protege pilihannya untuk program Mentor musim keenam tidak semestinya berpenampilan rock dan ranggi, tetapi dia haruslah mempunyai pesona dan mengetahui hala tuju dan konsep muzik yang akan diperjuangkan apabila bergelar penyanyi profesional kelak.

Pemilik nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 45, berkata walaupun dia tidak menetapkan kriteria tertentu, penyanyi berpengalaman itu tetap menekankan dua aspek tersebut untuk melahirkan penyanyi berjaya yang tidak bergantung pada bakat atau paras rupa semata-mata.

“Kalau protege itu ada rupa, itu dikira bonus. Ia bagus untuk perkembangan kariernya.

"Apa yang penting dia mesti mempunyai keunikan dan pesona. Memang ramai yang boleh menyanyi tetapi tidak ramai yang unik dan ada pesona.

“Calon itu juga perlu tegas dalam menentukan muzik yang hendak diperjuangkan apabila bergelar penyanyi profesional nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi ujibakat program berkenaan, di sini.

Sesi uji bakat itu berlangsung pada Sabtu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, di sini. Ia dihadiri sekitar 400 peserta.

Ketika ditanya mengenai jantina calon pilihannya, Ella berkata dia tidak menetapkan jantina tertentu untuk bergelar protege kerana ia bergantung pada tarikan dan keunikan para peserta.

“Saya tidak tetapkan jantina tertentu. Tidak kisahlah calon lelaki atau perempuan, kalau dia menepati kriteria yang saya, maka orang itu akan jadi pilihan,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai teknik bimbingannya terhadap protege itu kelak, Ella berkata dia akan menggunakan pendekatan tersendiri apabila sesi pembelajaran mereka bermula.

“Saya pun tidak tahu apa teknik yang akan digunakan tetapi ia adalah cara saya sendiri.

"Insya-Allah, saya yakin protege itu akan dapat menyesuaikan dan memahami bimbingan dan tunjuk ajar saya,” katanya yang turut menyediakan sebuah kumpulan khas bagi tujuan tersebut.

Selain Ella, antara selebriti lain yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim ini adalah Faizal Tahir, Ferhad, Ogy Ahmad Daud, Ramlah Ram dan Adam (AF).

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan