Bekas Suami Akan Teruskan Konsert Selepas Pengebumian Whitney Houston

Diterbitkan: Ahad, 19 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail Bobby Brown dan bekas isterinya, mendiang Whitney Houston.
Gambar fail Bobby Brown dan bekas isterinya, mendiang Whitney Houston.

LONDON: Bekas suami kepada mendiang Whitney Houston, Bobby Brown akan meneruskan konsertnya yang dijadual pada 19 Februari (waktu tempatan), walaupun hanya beberapa jam selepas penyanyi itu dikebumikan hari ini.

Penyanyi kumpulan New Edition itu dijadual membuat persembahan di Kasino Mohegan Sun Indian pada sebelah malam selepas beberapa jam upacara pengebumian bekas isterinya itu akan berlangsung pada tengah hari di Newark, New Jersey.

Sebelum ini, Daily Mail melaporkan penyanyi R&B itu masih mampu mengadakan persembahan di Memphis walaupun selepas menerima berita kematian Houston. Namun demikian, dia kelihatan murung ketika muncul di pentas.

Menurut laman Tmz, masih tiada kepastian sama ada Brown akan menghadiri upacara pengebumian yang bertaraf kelas A tersebut.

Pengebumian diva pop itu dijadual berlangsung di New Hope Baptist Church di Newark, New Jersey, di mana ia adalah lokasi pertama penyanyi itu menyanyi di depan khalayak.

Mendiang akan disemadikan bersebelahan kubur bapanya yang merupakan bekas perajurit dan eksekutif hiburan, John Houston yang meninggal pada 2003. - ANI

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan