Dianggap Tiada Nilai Komersial, Jihan Tidak Tersisih

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jihan.
Jihan.

KUALA LUMPUR: Naib Juara rancangan Raja Lawak musim ketiga, Jihan atau Nuur Jihan Musa bersyukur apabila menerima banyak tawaran berlakon walaupun tidak mempunyai wajah komersial seperti mana kebanyakan artis wanita lain.

Jihan berkata, dia tidak pernah rasa tersisih daripada industri hiburan dan sentiasa menyedari dirinya tidak mempunyai rupa paras menarik untuk menjadi heroin sesebuah drama. Bagaimanapun dia yakin terdapat watak bersesuaian dengannya.

"Alhamdulillahlah selepas meninggalkan pentas program Raja Lawak, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus dan saya tidak pernah melihat kekurangan terhadap diri saya itu sebagai halangan untuk berjaya.

"Malah saya melihat perkara itu sebagai satu kelebihan kerana saya perlu bersaing dengan pelakon jelita untuk mendapatkan sesebuah watak yang memerlukan rupa yang sederhana," ujarnya kepada mStar Online.

Jihan ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran drama Patah Seribu di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Jihan berkata, dia berterima kasih kepada pengarah filem dan drama terkenal, Michael Ang yang mempercayai bakatnya sebagai seorang pelakon dan memberinya peluang terlibat dalam tiga buah drama.

Jihan menjelaskan, walaupun tidak mendapat watak utama, dia telah banyak belajar daripada Michael mengenai teknik lakonan terutamanya untuk watak-watak serius.

"Saya sudah terbiasa dengan watak komedi sebelum ini dan apabila mendapat tawaran daripada Michael, saya pada awalnya kurang berkeyakinan untuk melakukannya.

"Tetapi dia (Michael) percayakan saya untuk membawa watak-watak berat dan Alhamdulillahlah dengan tunjuk ajar saya berjaya melakukannya," kata Jihan.

Jihan bakal muncul dalam drama Patah Seribu, Kupu-Kupu Malam dan Penjara arahan pengarah itu di samping nama-nama besar lain seperti Erra Fazira, Marsha Milan Londoh dan Zarina AF.

Sementara itu, ditanya mengenai pasangan hidup, Jihan berkata dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana jejaka kerana ingin fokus kepada kerjaya lakonan.

"Lelaki bukan tumpuan saya buat ketika ini kerana kerjaya menjadi keutamaan kerana masih banyak perkara yang ingin saya kejar," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan