Shakira Cedera Diserang Singa Laut

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shakira
Shakira

LONDON: Percubaan bintang pop Shakira untuk mengambil gambar seekor singa laut di sebuah zoo telah mengakibatkan kecederaan apabila dia diserang oleh haiwan itu yang menyangka telefon bimbit penyanyi itu adalah ikan.

Dia mengalami kesan calar di tangan dan kaki akibat kejadian tersebut.

Laman web thesun.co.uk melaporkan, penyanyi berusia 35 tahun itu diserang ketika sedang leka mengambil gambar apabila tiba-tiba seekor singa laut melompat ke arahnya dan cuba menggigit telefon bimbit yang disangkakan ikan.

Walaupun dia berjaya diselamatkan oleh abangnya, Shakira tetap mendapat kecederaan ringan.

Penyanyi lagu Hips Don’t Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya.

“Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ.

“Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya.

“Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya ‘Super Tony’ datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu menyelamatkan diri daripada diserang.

“Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan,” katanya dalam entri blog itu.

Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama.

Dia menulis: “Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!” - IANS

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan