Nidji Bakal Meriahkan 'Hot FM Big Jam' Di Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nidji
Nidji

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang popular dengan lagu Laskar Pelangi, Nidji bakal mengadakan persembahan khas di Hot FM Big Jam di Kuala Terengganu pada 10 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata pemilihan Nidji sebagai artis jemputan istimewa bersempena sambutan ulang tahun ke enam stesen radio itu adalah kerana kumpulan tersebut masih relevan dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Seelan berkata, antara tujuan lain pihaknya menjemput kumpulan itu adalah kerana ingin memberi kelainan pada konsert yang bakal diadakan di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu itu.

"Konsert ini pertama kali diadakan di Pantai Timur jadi pihak Hot FM ingin mengadakan sedikit kelainan dengan membawa Nidji ke konsert itu.

"Tambahan pula mereka masih mempunyai ramai peminat selain lagu-lagu mereka mendapat permintaan di Hot FM," ujarnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Hot FM Big Jam di sini pada Isnin.

Tambahnya, penganjuran Hot FM Big Jam di Terengganu pada tahun ini juga sejajar dengan pelancaran “Hot FM Klate” dan “Hot FM T'ganu” pada Januari lalu.

Seelan memberitahu ia juga sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan kedua-dua stesen baru untuk siaran Pantai Timur itu kepada pendengar.

"Ini adalah peluang untuk kita mendekati para pendengar yang telah banyak memberi sokongan kepada kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Seelan berkata, selain Nidji ramai artis tempatan akan hadir memeriahkan konsert yang akan dibahagikan kepada dua bahagian.

Katanya bagi konsert bahagian pertama pada pukul 4.30 petang sehingga 6.30 petang, adalah melibatkan artis seperti Alyah, Sofazr, Elly (AXL's), Zamani (Slam), Amir (Ukays) dan Najwa Latif.

Manakala kumpulan Spider dan Ella akan memanaskan pentas Hot FM Big Jam pada sebelah malam bersama-sama XPDC, Black (Mentor) dan Nidji.

"Konsert itu juga akan disiarkan secara langsung di TV9 dan Hot FM bermula 9.30 malam sehingga 11.30 malam bagi pendengar yang tidak dapat hadir ke sana," katanya.

Dalam perkembangan sama, Seelan berkata, barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Kieran, Ikhwan akan turut serta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan