Debbie Goh Sanggup Botakkan Kepala, Hodohkan Wajah

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Debbie Goh
Debbie Goh

PETALING JAYA: Pelakon cantik, Debbie Goh memberitahu berani menerima apa sahaja cabaran dalam mempelbagaikan wataknya sebagai seorang pelakon termasuklah membotakkan kepala atau menghodohkan wajahnya itu.

Debbie berkata, walaupun ramai yang menganggap dia terlalu memilih karakter yang hanya menumpukan watak-watak berwajahkan cantik, hal itu tidak benar sama sekali.

"Jujurnya, saya sanggup melakukan apa sahaja demi lakonan. Malah nak botakkan kepala juga saya berani.

"Ia membuatkan kepuasan yang maksima apabila menjiwai sesuatu watak itu walaupun ada sesetengah pihak saya tidak sanggup 'merosakkan' wajah saya.

"Saya tak suka berlakon nampak cantik dan kontrol sahaja. Saya suka membawakan watak yang lain dan kalau boleh nak cuba semua watak," katanya.

Sementara itu, wajah Debbie kini boleh dilihat menerusi drama bersiri The Descendant yang telah pun bermula pada 9 Februari lalu.

Drama tersebut disiarkan di saluran ntv7 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Menurut Debbie, drama ini merupakan sebagai contoh dia lebih mementingkan watak berbanding imejnya semata-mata di mana, Debbie dikehendaki menjadi orang miskin yang hanya mempunyai sepasang atau dua pasang pakaian sahaja.

"The Descendant adalah contoh drama yang saya gemari kerana watak saya sebagai Shen Yu Hua memerlukan saya memakai baju yang lusuh dan berbau kerana sering menggunakannya ketika penggambaran. Tetapi saya dapat menjiwainya dengan baik," ujarnya.

The Descendant mengisahkan tentang konflik tiga generasi dalam sebuah keluarga yang besar apabila Yu Hua yang selama ini hidup dalam kemiskinan selepas berpisah dengan kakaknya, Shen Dan Fang (Yann Yann) yang hidup penuh kemewahan.

Dugaan hidup yang dilalui Yu Hua masih lagi berterusan apabila kekasihnya, Chen Yu Lin (Steve Yap) terpaksa berkahwin dengan Dan Fang demi menyelamatkan keluarganya yang sudah muflis.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan