Whitney Houston Telefon Ibu Beberapa Minit Sebelum Ditemui Mati

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Whitney Houston
Whitney Houston

BEVERLY HILLS: Diva, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu, didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.

Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat Whitney menginap itu,

Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz dan “soul” terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu tempatan.

Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik.

Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya.

Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.

The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.

Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya.

Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.

Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara rasminya telah meninggal dunia.

Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan