‘Justin Bieber Terlalu Merendah Diri’ - The Wanted

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Bieber
Justin Bieber

LONDON: Anggota kumpulan dari British, The Wanted memuji ahli kumpulan terbaru mereka Justin Bieber yang disifatkan sebagai individu yang merendah diri dan enggan mencampuri urusan lain walaupun berstatus bintang besar.

Laman web femalefirst.co.uk. melaporkan penyanyi sensasi berusia 17 tahun itu telah menyertai kumpulan tersebut.

Dalam pada itu vokalis kumpulan itu, Max George berkata kepada MTV: “Dia bukan jenis yang suka memberikan nasihat atau menunjukkan kehebatannya. Sikap itu menujukkan dia seorang yang rendah diri.

“Saya rasa dia mensyukuri setiap kurniaan yang diberikan kepadanya dan tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat.

"Kami tidak berbual tentang muzik, sebaliknya kami bercakap mengenai bola sepak atau bola keranjang.” - IANS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan