Animasi ‘Ummi’ Bukan Saingi ‘Upin & Ipin’ - Nora Ariffin

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nora Ariffin (kanan) bersama suami Johan Nawawi, dua anak mereka Alif dan Putri pada pelancaran siri animasi muzikal Ummi...Ceritalah Pada Kami di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS
Nora Ariffin (kanan) bersama suami Johan Nawawi, dua anak mereka Alif dan Putri pada pelancaran siri animasi muzikal Ummi...Ceritalah Pada Kami di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu. - Foto oleh ROHAIZAT MD DARUS

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nora Ariffin berkata penerbitan siri animasi muzikal terbaru, Ummi... Ceritalah Pada Kami (UCPK) bukan bertujuan untuk menyaingi jenama dan populariti animasi Upin & Ipin.

Siri animasi sebanyak 26 episod itu diterbitkan syarikat produksi Nora dan suaminya, komposer Johan Nawawi iaitu Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin sebaliknya, berkata penerbitan animasi berkonsepkan penceritaan dan nyanyian itu adalah untuk memeriahkan senario penerbitan animasi yang semakin rancak di Malaysia, kebelakangan ini.

“Animasi UCPK dihasilkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana animasi tempatan sedia ada. Kami ingin memeriahkan lagi perkembangan dunia animasi tanah air.

“Kami masih terlalu mentah dan baru dalam bidang animasi. Banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari daripada pihak yang lebih mahir dalam bidang ini,” katanya yang ditemui selepas pelancaran animasi tersebut di sini, Sabtu.

Nora berkata idea untuk menghasilkan UCPK tercetus atas kesedaran untuk menghidangkan program bermanfaat untuk tontonan kanak-kanak dan keluarga yang bukan sahaja menghibur malah memberikan pengajaran.

“Idea untuk menghasilkan animasi ini bermula kira-kira tiga tahun lalu. Sebagai seorang ibu, saya terpanggil untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat di samping menghiburkan kanak-kanak.

“Penerbitan animasi adalah jawapan terbaik untuk menarik perhatian mereka kerana ia paling dekat dan relevan dengan golongan cilik ini,” katanya.

Nora berkata animasi dalam format 3 dimensi (3D) itu dihasilkan pada kualiti yang tinggi bagi mencapai standard animasi antarabangsa.

“Blok pertama UCPK sebanyak 13 episod sudah siap dan hanya menunggu slot tayangan yang dijadual pada Jun depan di sebuah saluran televisyen swasta yang belum boleh saya dedahkan lagi.

"Blok kedua pula akan mula diterbitkan dalam sedikit masa lagi,” katanya yang menerima sokongan dana daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) dalam penerbitan tersebut.

Suara watak-watak dalam animasi bertemakan keIslaman tersebut dimainkan oleh Nora sendiri sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan