Sarimah, Lil’ Kev Mampu Tingkatkan Pendengar Red FM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan penyampai Red FM pada pelancaran wajah baru stesen radio itu di Laundry Bar, di sini, petang Jumaat. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Barisan penyampai Red FM pada pelancaran wajah baru stesen radio itu di Laundry Bar, di sini, petang Jumaat. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Operasi Red FM, Azrul Mohd Nor percaya gandingan Sarimah Ibrahim dan Lil’ Kev sebagai penyampai slot pagi Red Breakfast dapat meningkatkan jumlah pendengar stesen itu.

Mereka akan ke udara pada pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 13 Februari ini.

Azrul berkata populariti Sarimah yang mempunyai peminat yang ramai dan kemunculan semula Lil’ Kev ke dunia penyiaran radio selepas lapan tahun berehat adalah gabungan yang baik untuk menarik minat pendengar.

“Jelas sekali, pemilihan Sarimah dan Lil’ Kev bertujuan untuk menarik lebih banyak pendengar Red FM kerana ia bersesuaian dengan sasaran kami.

“Kami mensasarkan kelompok pendengar yang matang dan intelektual di mana kriteria itu dimiliki dua penyampai itu. Mereka tidak hanya menghiburkan malah bijak dalam aspek komunikasi,” katanya.

Azrul ditemui pada majlis pelancaran penjenamaan semula dan barisan penyampai baru radio itu di Laundry Bar, di sini, petang Jumaat.

Mengulas mengenai pemilihan tersebut, Sarimah berkata dia menerima tawaran Red FM kerana ia adalah waktu terbaik untuk dia mengembangkan kerjaya ke bidang penyampaian radio secara serius.

“Mereka (Red FM) memberikan tawaran yang baik dan stabil. Peluang bekerja dengan Lil’ Kev adalah satu penghormatan buat saya kerana dia berpengalaman dan terkenal dalam bidang radio.

“Ini adalah waktu terbaik untuk saya menonjolkan diri kepada peminat semula secara serius dan fokus sebagai penyampai radio,” katanya.

Selain itu, Red FM turut mengumumkan pengenalan slot baru iaitu Red Zone kelolaan Jeremy (10 pagi hingga 1 petang, Isnin hingga Jumaat) dan Red Hub kelolaan Linora (1 hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat).

Segmen Red Fix kelolaan Terry dan Azura pula akan ke udara pada pukul 4 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat, Edge on Red FM kelolaan Fiqrie (7 hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Jumaat) dan Red Room kelolaan Mynn (10 malam hingga 1 pagi, setiap Isnin hingga Jumaat).

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan The Star, Datuk Vincent Lee, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan The Star, Ho Kay Tat dan Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan