Gman Tersingkir Minggu Kelima Raja Lawak 6

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Minggu kelima Raja Lawak musim keenam menyaksikan kumpulan Gman tersingkir selepas mendapat undian terendah, 6.5 peratus. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Minggu kelima Raja Lawak musim keenam menyaksikan kumpulan Gman tersingkir selepas mendapat undian terendah, 6.5 peratus. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Gman menjadi mangsa penyingkiran ketiga gelanggang Raja Lawak musim keenam (RL6) selepas mendapat peratus undian terendah pada persaingan minggu kelima yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat.

Kumpulan yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum, 23, dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 22, ini mendapat 6.5 peratus undian.

Dua lagi peserta yang berada pada kedudukan tiga terbawah adalah kumpulan Skema dengan 7.8 peratus dan Riki (8.1).

Mengulas mengenai penyingkiran tersebut, Gman berkata persembahan komedi mereka yang tidak konsisten pada minggu-minggu terdahulu mempengaruhi faktor undian yang rendah daripada penonton.

“Mungkin faktor ‘lambat panas’ dalam persembahan mingguan menyebabkan undian pada malam ini (malam Jumaat) kurang memihak kepada kami.

“Kami akui mutu persembahan kami tidak konsisten. Walaupun persembahan pada malam ini mendapat pujian juri, ia sudah terlalu lewat untuk meraih undian dan setakat ini sahaja rezeki kami,” kata Lokman yang ditemui selepas program itu di sini.

Lapan lagi peserta yang akan meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah Albob, 2Yol, Zero, Skema, Cuit, Shiro, Riki dan Selak.

Minggu kelima RL6 mengangkat tema ‘Muzikal’.

Terdahulu, kumpulan King, Ketupat dan peserta solo Kodan tersingkir daripada pentas RL6 pada minggu ketiga dan keempat.

Masih lagi mengekalkan format permarkahan menerusi 100 peratus undian penonton, para peserta mendapat bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

RL6 diterajui oleh pasangan pengacara Johan dan Zizan dan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Paparan aktiviti mingguan para peserta pula disiarkan dalam Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 9.55 malam di saluran yang sama.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan