Slot '9X' Khas Untuk Remaja

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan artis yang terlibat dalam program-program untuk remaja dalam slot 9X di TV9. - Foto oleh SIA HONG KIAU
Barisan artis yang terlibat dalam program-program untuk remaja dalam slot 9X di TV9. - Foto oleh SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, saluran TV9 mengetengahkan ekspresi kreativiti di kalangan remaja menerusi slot baru yang dinamakan 9X bermula 20 Februari ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10.30 malam.

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, 9X merupakan 'kotak suara' anak-anak muda dalam memperkembangkan kreativiti di bidang muzik dan penerbitan program televisyen.

"Seperti biasa pihak kami mengekalkan tiga prinsip iaitu menyuntik elemen baru, memberikan kelainan dan terus menjadi inspirasi buat penonton kami.

"9X bukan sahaja akan menjadi tapak permulaan kepada para remaja untuk berkarya dan berkongsi kreativiti, malah turut memberi sokongan serta mengelakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang produksi juga," katanya pada pelancaran slot 9X di Yayasan Seni, di sini, Khamis.

Antara pengisian dalam slot ini ialah '9X Mix Tape', yang memaparkan kolaborasi di antara artis atau kumpulan muzik tempatan dengan pembikin video amatur.

"Penerbitan program ini bukan sahaja merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan industri muzik tempatan tetapi turut memainkan peranan dalam mengasah bakat kreatif dalam bidang produksi.

"Episod pertama '9X Mix Tape' menyaksikan kumpulan Oh Chentaku bekerjasama dengan Uzair Sawal dalam menerbitkan sebuah dokumentari perjalanan muzik Oh Chentaku dengan mentaliti tiada batasan di dalam kreativiti," kata Sherina.

Selain itu, 9X mempersembahkan Aizat Gegar NZ, program realiti empat episod kisah percutian Aizat dan 30 orang ahli keluarganya di New Zealand, di mana ia akan bersiaran pada setiap Isnin.

Dalam pada itu, program lain yang disiarkan termasuklah Teenwolf, sebuah drama bersiri Inggeris yang akan disiarkan pada hari Selasa.

Manakala siri Pulau lakonan Sharifah Amani, Bront Palarae, Natasha Hudson pula bersiaran setiap Rabu.

Diarahkan Azma Aizal Yusuff, siri ini mengisahkan tentang sekumpulan pemenang pakej pelancongan ke sebuah pulau misteri yang telah karam di tengah lautan dan tersadai di pulau berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan