Schwarzenegger, Stallone Sahkan Gandingan Filem Terbaru Dari Katil Hospital

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar terbaru Arnold Schwarzenegger (kiri) dan Sylvester Stallone yang secara kebetulan menjalani pembedahan bahu sebelum memulakan filem terbaru mereka The Tomb. - Foto dipetik daripada akaun whosays Schwarzenegger.
Gambar terbaru Arnold Schwarzenegger (kiri) dan Sylvester Stallone yang secara kebetulan menjalani pembedahan bahu sebelum memulakan filem terbaru mereka The Tomb. - Foto dipetik daripada akaun whosays Schwarzenegger.

DUA bintang veteran filem aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger, 64, dan Sylvester Stallone, 65, mengesahkan bakal bergandingan dalam filem terbaru The Tomb arahan pengarah Sweden, Mikael Hafstrom.

Kali terakhir mereka bergandingan adalah pada 2010 menerusi filem The Expendables.

Stallone atau Sly akan menggalas peranan sebagai jurutera struktur yang terkurung dalam penjara ciptaannya sendiri manakala bekas Gabenor California itu pula memainkan watak rakan banduan yang cuba membebaskan Sly.

Difahamkan, Schwarzenegger akan membawa watak Church yang diadaptasi daripada watak lakonan aktor Bruce Willis dalam filem The Expendables sebelum ini.

Kedua-dua bintang ini membuatmengesahkan kolaborasi mereka untuk filem terbaru itu daripada hospital, di mana mereka ditempatkan pada katil yang bersebelahan selepas masing-masing menjalani pembedahan bahu.

"Sudah tiba masanya untuk saya memulihkan beberapa kecederaan yang dialami selepas melakukan pelbagai aksi lagak ngeri ketika penggambaran filem The Expendables 2 dan The Last Stand sebelum ini," katanya selepas memuatnaik gambar mereka berdua di atas katil hospital pada akaun Twitter di bawah tag #greattobeback.

Schwarzenegger menambah: "Lihat siapa yang secara kebetulan berada di sebelah saya untuk menjalani pembedahan bahu juga. Kini, kami bersedia untuk melakukan aksi sekali lagi dalam filem The Tomb."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan