Liza Abdullah Terkilan Disindir Bolot Tawaran Berlakon

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEDONDON... Liza Abdullah bersama anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq.
SEDONDON... Liza Abdullah bersama anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq.

KUALA LUMPUR: Pelakon Liza Abdullah mengakui agak terkilan dengan sindiran sesetengah pihak yang seolah-olah melihat dia seperti membolot tawaran berlakon kerana kerap muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,48, berkata, walaupun tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius namun jauh di sudut hatinya agak terasa apabila dipersendakan sedemikian.

“Saya harap janganlah ada orang yang buruk sangka kepada saya apabila melihat saya kerap muncul di televisyen. Semua itu secara tidak sengaja. Penggambaran setiap drama dilakukan berbeza tetapi tidak sangka pula kadang-kadang ia disiarkan secara serentak di kebanyakan stesen televisyen,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Antara drama lakonan Liza yang sedang ditayangkan pada ketika ini ialah BFF dan Vanila Coklat di TV3 serta Bukan Aku dan Ku Sangka 2 Rupanya 3 untuk RTM.

Dalam masa yang sama dia turut sibuk menjalani sebuah penggambaran drama seram serta tiga buah filem terbitan MIG Production.

Liza memberitahu, antara faktor dia mendapat banyak undangan berlakon sejak kebelakangan ini kerana mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

Jelas Liza, selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, faktor itu telah mendorong untuk dia mendapat peluang berlakon walaupun ketika pelakon-pelakon baru semakin ramai mewarnai dunia seni tanah air.

“Saya tidak pernah timbulkan masalah dengan mana-mana pihak. Mungkin dengan cara itu orang mudah untuk berurusan dengan saya. "Syukurlah kerana ia akhirnya memberikan kesenangan kepada saya apabila tawaran berlakon tak putus-putus saya terima. Syukur kepada Allah,” katanya.

Ditanya siapakah lelaki tinggi lampai yang sering dilihat bersamanya Liza memberitahu, individu berkenaan adalah anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq Zolkefli,23, yang merupakan pelajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah kolej di sini.

Selain Zulhaffiz Zarriq, Liza turut memiliki tiga lagi anak iaitu Nur Naffiz Syahiddah,19, Zulsyahmi Naqib,10, dan Zulsyahmi Afif,8.

“Saya harap tak timbul pula gosip mengatakan saya intim dengan lelaki muda pula lepas ni ya,” selorohnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan