Faizal (AF4) Menghilang Kerana Dikhianati Kawan Rapat - Berita Hiburan | mStar

Faizal (AF4) Menghilang Kerana Dikhianati Kawan Rapat

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Faizal tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Foto ZABIDI TUSIN
Faizal tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Foto ZABIDI TUSIN

KUALA TERENGGANU: Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly atau Faizal menjelaskan kehilangannya dalam industri seni tempatan sejak tiga tahun lalu adalah kerana dikhianati oleh kawan rapatnya.

Tanpa mahu menjelaskan apakah sebab itu, Faizal memberitahu ujian yang melanda dirinya merupakan satu pengalaman berharga untuk dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya menjadi lebih baik kerana kejadian tragis yang menimpa saya itu disebabkan perbuatan kawan rapat. Ia menjadi pelajaran berharga buat saya,” katanya kepada The Star di sini, Rabu.

Penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu, antara faktor lain dia menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sedikit masa dahulu.

Walaupun tidak bimbang dengan dakwaan itu namun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

“Saya tidak nafikan sedikit tertekan dengan pelbagai dakwaan serta gosip tidak berasas namun saya mampu menempuhi ujian tersebut,” ujarnya.

Sementara itu Faizal yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak pernah melupakan dunia seni serta peminatnya dan berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Justeru dia sekarang sedang sibuk dengan pembikinan single terbaru bekerjasama dengan komposer Awang BPR.

“Saya akan memilih lagu terbaik yang akan dikeluarkan pada bulan April nanti,” katanya.

Ditanya adakah selama ini beliau lupa diri dan tenggelam dengan populariti dunia glamor, Faizal memberitahu apa yang penting selama bergelar artis dia sudah belajar bagaimana untuk mengendalikan tekanan hidup selain berusaha menjadi lebih matang sebagai seorang penyanyi.

“Yang pasti, saya akan kembali dan terimalah saya seadanya,” katanya.

Kali terakhir Faizal muncul menerusi filem Pulau Asmara yang ditayangkan pada 17 Disember 2009.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan