Zul Yahya Ambil Masa 6 Tahun Untuk Jadi Pengarah Filem

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zul Yahya menjadi pengarah filem selepas enem tahun.
Zul Yahya menjadi pengarah filem selepas enem tahun.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zulkifli Yahya atau Zul Yahya, 42, berkata dia sanggup menunggu sehingga enam tahun untuk mendapat keyakinan bagi mengarahkan filem sulungnya, Usin UFO yang dijadual memulakan penggambaran pada April depan.

Pelakon drama Supermak itu berkata, hasrat dan perancangan untuk mengembangkan bakatnya ke bidang pengarahan sudah lama terpendam sehingga dia memperoleh waktu yang paling sesuai untuk melakukannya.

“Saya yakin dan bersedia pada kali ini selepas lima hingga enam tahun saya pendamkan hasrat untuk bergelar pengarah filem.

“Sebenarnya, banyak ilmu dan kemahiran kerja-kerja belakang tabir saya peroleh daripada produksi HVD sebelum ini selepas 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

“Saya kira waktu sekarang adalah masa terbaik untuk saya melakukannya memandangkan industri filem kita sedang berkembang dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat,” katanya yang ditemui mStar Online, di Restoran Rebung di sini, Isnin.

Bercerita mengenai filem genre komedi dan futuristik itu, Zul yang turut bertindak sebagai penerbit berkata, dia merancang untuk menawarkan watak utama filem berkenaan kepada Shuib (Sepahtu) kerana kesesuaian watak dan populariti pelawak itu yang berada pada tahap sederhana.

“Saya merancang untuk menawarkan watak utama kepada Shuib kerana saya suka pada karakter, stail komedi dan imejnya yang tersendiri. Dia belum dikategorikan sebagai bintang pelawak besar atau terlalu popular tetapi dia mempunyai keunikan.

“Saya mahu gilap dia dan mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi, insya-Allah,” katanya yang kini sedang melakukan persiapan 30 hingga 40 peratus proses pra-produksi filem itu.

Ketika ditanya mengenai kehidupan peribadi, Zul berkata selain cabang seni, dia turut menjalankan perniagaan barangan “bundle” dan restoran yang diuruskan oleh isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi.

“Selain membuat persiapan untuk mengarah, saya juga masih aktif berlakon lagi. Malah, saya juga menguruskan beberapa perniagaan “bundle” dan restoran.

“Cawangan terbaru restoran Beringin Cafe di Kuala Lumpur juga diuruskan oleh isteri saya,” katanya.

Zul dan Siti Raihan berkahwin pada Disember 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa Qaisara, 3, Akil Qayim, 2, dan Ariana Qalesya yang berusia lapan bulan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan