Katy Perry Dapat Dorongan Bekas Kekasih Hadapi Perceraian

Diterbitkan: Isnin, 6 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katy Perry
Katy Perry

LONDON: Penyanyi Katy Perry dilaporkan mendapat sokongan daripada bekas kekasih yang juga penyanyi kumpulan Gym Class Heroes iaitu Travie McCoy untuk menghadapi perceraiannya.

Penyanyi lagu Firework itu bercerai dengan pelawak British Russell Brand pada Disember tahun lalu selepas 14 bulan berkahwin.

McCoy berkata sebagai bekas kekasih dia cuba untuk membantu penyanyi itu untuk mengatasi kedukaannya susulan perceraian tersebut.

“Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain, saya sentiasa berada di sisinya. Apabila anda menjalin hubungan seperti kami, anda akan sentiasa berada di sisi apabila diperlukan.

“Katy sentiasa ada di sisi ketika saya melalui kesukaran sebelum ini,” katanya yang dipetik sebagai berkata kepada mirror.co.uk.

Mccoy menambah: “Kehidupan harus diteruskan, saya pernah menyesali bagaimana hubungan kami boleh berakhir tetapi kini tiada dendam lagi. Saya akan sentiasa berada di sisinya, dia mengetahui perkara itu.

“Adakah saya pernah terfikir dia membuat keputusan tergesa-gesa untuk mengahwini Russell? Ternyata, ia satu perasaan yang tidak boleh disangkal.”

McCoy dan Perry pernah menjalin hubungan pada 2008. - IANS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan