Ujibakat Mentor 5: Ogy Kecewa Peserta Tiada Persedian Rapi

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ogy ingin mencari protege yang mempunyai personaliti yang tersendiri. Foto ART CHEN
Ogy ingin mencari protege yang mempunyai personaliti yang tersendiri. Foto ART CHEN

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy meluahkan rasa kecewa apabila mendapati peserta yang menghadiri ke ujibakat pencarian protege bagi program 'Mentor' musim ke-5 tidak membuat persediaan yang cukup.

Ogy yang dipertanggungjawabkan sebagai mentor dalam program itu berkata, kebanyakan peserta yang hadir tidak mempunyai keyakinan diri dan kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah masalah lupa lirik, dimana ia tidak seharusnya berlaku bagi seseorang yang yang ke ujibakat pertandingan nyanyian.

"Mereka (peserta) tidak mempunyai persiapan yang rapi dan sering mengikut cara nyanyian penyanyi idola masing-masing.

"Saya tidak mahu itu, sebaliknya, saya mahu mencari protege yang mempunyai personaliti yang original walaupun bakatnya masih lagi kasar, itu bukanlah satu masalah jika mereka mahu menimba ilmu daripada saya," katanya yang ditemui pada sesi ujibakat bersama Ogu di Sri Pentas TV3, di sini, Sabtu.

Tambah Ogy, dia juga berharap agar para peserta tidak gemuruh apabila menjalani sesi ujibakat tersebut.

Dalam pada itu, ujarnya, dia bukannya seorang mentor yang terlalu cerewet dalam pemilihan protege, tetapi ingin mencari protege yang benar-benar bercita-cita untuk bergelar sebagai seorang penyanyi agar dapat berkongsi pengalaman selama 38 tahun dia berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Sementara itu, Ogy tidak sangka apabila lebih daripada 400 peserta hadir mencuba nasib untuk menjadi protegenya.

"Orang sering melabelkan saya sebagai seorang selebriti yang garang, dan ia membuatkan diri ini berasa tidak ramai yang akan hadir ke sesi ujibakat saya.

"Tak sangka pula ramai yang hadir dan saya amat menghargai peserta-peserta tersebut. Ini menunjukkan, mereka berani mencuba walaupun mendengar macam-macam tentang saya," selorohnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan