Pelakon Hong Kong, Louise Lee Kongsi Erti Kekeluargaan

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Louise Lee
Louise Lee

PETALING JAYA: Pelakon Hong Kong veteran popular, Louise Lee akan berkongsi mengenai erti perhubungan kekeluargaan menerusi lakonannya dalam drama The Stew of Life.

Louise memainkan watak sebagai Ng Lo Tai, merupakan seorang ibu yang cukup sempurna kerana sifatnya yang ceria, penyayang dan suka melindungi anaknya, Charlie Ng, lakonan Fala Chen dan suami, Ng Man Tak (Cheung King Fai) walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah suaminya yang degil itu.

Karakter ego Man Tak membuatkan dia sukar menunjukkan perasaannya terhadap isteri dan anaknya, namun dia sememangnya penyayang, pemurah dan sentiasa menyayangi dua orang penting dalam hidupnya itu.

Charlie pula merupakan seorang wartawan yang berani di sebuah agensi berita di mana dia menemui kekasihnya, Bil Lee (Johnson Lee) dan seorang lelaki yang menarik minatnya, Ryan Lau (Timmy Hung), jurugambar di tempat kerjanya.

Selain itu, pasangan May Lo (Christine Ng) dan Yau Kai (Evergreen Mak) turut bakal menjadi perhatian penonton di mana May, adik Lo Tai baru sahaja berpisah dengan suaminya yang kaya.

May juga seorang yang mementingkan diri sendiri serta bersifat materialistik kerana terbiasa dengan gaya hidup mewah.

Sementara itu, Fala Chen bukan sahaja menjadi teraju utama dalam drama ini malah turut menyanyikan lagu tema drama tersebut.

Drama The Stew Of Life akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11 malam, bermula 7 Februari ini di saluran ntv7.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 di laman Twitter dan Facebook.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan