Cucu Mick Jagger Muncul Dengan Imej Seksi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Cucu kepada bintang rock veteran Rolling Stones, Mick Jagger yang berusia 16 tahun iaitu Amba Jackson (gambar) muncul dalam keadaan yang agak seksi menerusi sebuah acara fesyen di sini baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, Amba mengenakan baju biru dengan potongan yang menampakkan celah dada.

Dia dilihat turut memakai seluar biru ketat dari jenis sutera serta kasut berwarna serupa.

Pada majlis itu Amba juga muncul dengan keadaan rambut diikat ke atas. Penampilannya begitu menarik sekali.

Imej seperti itu tidak menghairankan kerana ibunya iaitu Jade Jagger adalah usahawan dalam bidang fesyen.

Amba adalah puteri Jade daripada hubungannya dengan aktor Piers Jacksin. Namun Jade dan Piers berpisah pada tahun 1999.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan