Pelakon Teater 'Semerah Padi' Akan Dapat Hutang

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno.
Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno.

PETALING JAYA: Pihak produksi teater Semerah Padi, Keno Production tidak melarikan diri kerana gagal melunaskan bayaran para pelakon seperti yang didakwa beberapa pihak sebaliknya akan menjelaskan segala hutang secara berperingkat dalam masa sebulan.

Teater yang dibintangi oleh Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin itu telah pun dipentaskan pada 24 hingga 31 Disember tahun lalu di Istana Budaya (IB).

Penerbitnya, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno berkata, dia mengakui tentang kegagalannya yang lewat membuat bayaran penuh kepada para pelakon dan mereka juga sudah mengetahui pementasan itu tidak mempunyai sebarang penaja.

“Saya faham apabila ada sesetengah pelakon yang kurang selesa kerana bayaran yang tertangguh. Saya tidak menyalahkan mereka jika ingin mendedahkan hal ini kepada pihak media atau mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya.

“Walaupun respons penonton agak memberangsangkan, agak sukar untuk pihak saya membuat bayaran 100 peratus kepada pelakon kerana tiada penaja.

Namun, setakat ini saya telah membayar sebanyak 30 peratus sebelum pementasan bermula.

“Bagaimanapun terdapat beberapa orang daripada golongan VVIP yang ingin membantu pihak kami dan saya berjanji akan melunaskan bayaran mereka secara berperingkat dalam masa sebulan,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini.

Pada Selasa lalu, salah seorang pelakon Semerah Padi iaitu Fauzi Nawawi telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada portal rotikaya.com apabila produksi teater berkenaan tidak membayar tenaga kerja para pelakon dan krew.

Malah Keno Production yang telah membuat perjanjian meminjam wang dalam jumlah tertentu daripada Fauzi untuk menggerakkan teater tersebut turut gagal menjelaskan bayaran tersebut.

“Memang saya pinjam duit dia dan berterima kasih kepada Fauzi kerana sanggup memberi hutang untuk menyelamatkan keadaan.

“Saya juga faham situasinya apabila bayaran balik pinjaman seperti yang dijanjikan belum dibayar. Tetapi saya sudah menjelaskan situasi saya yang sedang menunggu bantuan daripada pihak VVIP dalam masa terdekat ini,” jelasnya.

Menurut Keno lagi, dia tahu, terdapat seorang batu api yang cuba 'cucuk' para pelakon teater lain termasuklah penari dan krew supaya memaksa pihaknya untuk menjelaskan bayaran mereka sedangkan selama ini, mereka sudah faham dengan situasi industri teater tempatan yang melunaskan bayaran lewat apabila tiada sebarang penaja.

“Entah, saya pelik apabila melihat mereka begitu memaksa-maksa sedangkan dari awal lagi semua sudah tahu Semerah Padi tiada penaja dan kelewatan mendapat bayaran lakonan adalah satu perkara yang normal.

“Bayangkan, bayaran untuk teknikal IB juga saya belum buat dan terima kasih juga kepada mereka kerana memahami situasi produksi kami. Saya harap, penjelasan ini dapat meredakan para pelakon yang tertanya-tanya tentang hal ini.

“Dan saya ingin menegaskan yang saya tidak lari, dan jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati atau ingin bertanya lanjut tentang bayaran kerja mereka, sila datang berjumpa dengan saya,” ujarnya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan