'Crossing Salween' Juara Filem Pendek KLIS 2012

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saliva Mathieu dari Perancis memenangi trofi Datuk Bandar pada Festival Filem Pendek Kuala Lumpur 2012 yang malam di adakan Rabu. Turut kelihatan Fuad Ismail (kanan) dan Martias Mohd Ali.Foto The Star: GLENN GUAN.
Saliva Mathieu dari Perancis memenangi trofi Datuk Bandar pada Festival Filem Pendek Kuala Lumpur 2012 yang malam di adakan Rabu. Turut kelihatan Fuad Ismail (kanan) dan Martias Mohd Ali.Foto The Star: GLENN GUAN.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dari Perancis, Saliva Mathieu yang menerima Anugerah Datuk Bandar (Mayor Award) diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem pendek Beneath The Surface pada malam kemuncak Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (KLIS 2012) di Auditorium Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, malam Rabu.

Filem itu turut merangkul Anugerah Juri (Jury Award) kerana mengangkat tema pencarian budaya yang hilang.

Mathieu berkata, dia tidak menyangka akan menang kerana sering kecundang dalam beberapa festival filem pendek yang disertainya sebelum ini.

"Ini kali pertama saya menang pada festival filem pendek yang saya hadiri.

"Sebelum ini, saya langsung tidak pernah menang sebarang trofi apabila hadir pada malam anugerah," katanya yang sudah menyertai kira-kira 25 penganjuran festival seumpama itu.

Anugerah KL (KL Award) pula diberikan kepada pengarah dari Taiwan Hui-ching Tseng menerusi filem pendek animasi Low-Tech.

Tseng menerima RM9,000 (AS$3,000) dan trofi.

Kedua-dua anugerah utama itu disampaikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

Filem pendek Crossing Salween arahan Brian O'Malley (Ireland) diangkat sebagai juara kategori filem pendek.

Selaku juara, filem itu membawa pulang RM6,000 (AS$2,000) dan trofi.

Berada di tempat kedua, The Novel arahan Paolo Licata (Itali) menerima RM3,000 (AS$1,000) dan trofi.

Tempat ketiga pula berpihak kepada filem Matador on the Road arahan Alexis Morante (Sepanyol). Ia menerima RM1,500 (AS$500) dan trofi.

Hadiah bagi kategori itu disampaikan Presiden Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG), Jurey Latiff Rosli.

Daripada 1,132 penyertaan diterima dari 75 negara seluruh dunia, hanya 40 karya terbaik dipilih juri profesional untuk bertanding.

Malam kemuncak festival itu turut mengiktiraf tiga pemenang bagi tiga lagi kategori iaitu kategori Pelajar, Animasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Dalam pada itu, Pengarah KLIS 2012 Martias Mohd Ali berkata, dia gembira dan bersyukur dengan kejayaan festival berkenaan walaupun ia berdepan kekangan dana dan sambutan yang dingin daripada karyawan tempatan.

"Saya anggap festival ini berjaya di sebalik cabaran yang kami hadapi sebagai penganjur buat kali pertama.

"Penganjuran ini telah sebenarnya telah diselamatkan oleh dana daripada penaungnya Datuk Seri Azrai Jamaludin.

"Saya berharap respons dan pencapaian yang membanggakan pada festival ini akan membuka mata banyak pihak untuk memberikan sokongan mereka pada penganjuran yang akan datang," katanya.

Dihoskan oleh Charles Mohan dan Wan Sariah Wan Jaafar, KLIS 2012 turut diserikan dengan persembahan nyanyian Ahmad Fauzee, kumpulan VIP, Iqwal dan Shazroul.

KLIS 2012 berlangsung selama tiga hari pada 30 Januari hingga 1 Februari lalu.

Ia dianjurkan oleh KLIS Network dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) MdeC, Tourism Malaysia, Skop Production dan MIG Production.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan