'On Air' : Kebolehan Luar Biasa Peserta Sarawak - Berita Hiburan | mStar

'On Air' : Kebolehan Luar Biasa Peserta Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim yang menjadi juri 'On Air' di Kuching, Sarawak pada 28 dan 29 Januari lalu.
Dari kiri Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Sarimah Ibrahim yang menjadi juri 'On Air' di Kuching, Sarawak pada 28 dan 29 Januari lalu.

KUCHING: Peserta uji bakat rancangan realiti televisyen On Air di Kuching, Sarawak, hadir dengan kehebatan luar biasa berbanding di dua negeri yang telah dikunjungi sebelum ini iaitu Pulau Pinang dan Johor Baru.

Ketua Juri uji bakat rancangan itu Aznil Nawawi berkata, peserta yang hadir untuk ditemu duga dalam rancangan tersebut menunjukkan kebolehan luar biasa daripada segi penyampaian dan juga ‘ujian’ yang diberi.

“Sepanjang dua sesi uji bakat yang diadakan sebelum ini, kami mendapati peserta di Kuching lebih bersedia untuk bergelar sebagai pengacara.

“Mereka bukan sahaja tampil dengan imej yang menarik tetapi kebanyakannya mempunyai pengetahuan dan juga bakat yang tinggi untuk menceburi bidang penyiaran,’ katanya kepada mStar Online.

Uji bakat untuk rancangan realiti terbaru itu telah diadakan di Hotel Merdeka Palace di sini selama dua hari bermula Sabtu lalu. Kira-kira 200 peserta menghadirinya.

Selain Aznil, pengacara Suhaimi Sulaiman dan Sarimah Ibrahim turut menjadi juri.

Kata Aznil, semua peserta uji bakat rancangan itu perlu menyiapkan tugasan laporan ringkas dalam berapa kategori bidang kewartawanan seperti hiburan, sukan, politik dan berita.

Jelasnya, peserta dikehendaki berinteraksi secara spontan di hadapan kamera bagi melihat kemampuan mereka untuk bergelar pengacara sebelum tujuh orang masing-masing lelaki dan wanita di pilih untuk menyertai rancangan itu.

“Daripada situ kami akan menguji kemampuan mereka selain melihat bagaimana individu berkenaan dapat berkomunikasi dengan baik dengan penyampaian yang berbeza,” katanya.

Suhaimi pula berkata, kebanyakan peserta yang diuji bakat tidak mempunyai pengisian ketika membuat laporan.

Mengakui bukan mudah untuk mencari seseorang pengacara, katanya individu itu seharusnya tidak sahaja perlu mempunyai personaliti menarik sebaliknya hendaklah seorang yang cerdik dan memiliki pengetahuan am yang luas.

“Saya memberi penekanan daripada sudut pengisian dalam setiap uji bakat yang diadakan. Tetapi terus terang saya katakan, tidak ramai yang memenuhi syarat yang saya inginkan itu tetapi kami akan memberi mereka peluang,” katanya.

Sementara itu seorang peserta uji bakat yang tersenarai antara peserta bertuah iaitu Mauricia Grace,21, berkata dia berhasrat untuk menjadi pengacara kerana pekerjaan itu merupakan sesuatu yang berbeza selain ia menuntut pengorbanan masa yang tinggi.

Dia yang berkelulusan Diploma dalam bidang teater dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini amat berharap uji bakat yang dilaluinya akan membuahkan hasil selain terpilih untuk ke peringkat akhir.

“Saya sudah lakukan yang terbaik dalam uji bakat itu dan berharap nasib menyebelahi saya,” katanya.

Bagi Malissa Sahari,26, pengalamannya sebagai penyampai berita sambilan untuk siaran televisyen RTM adalah sesuatu kelebihan.

Penuntut Diplima Mekanikal dari Politeknik Kuching ini memberitahu, minatnya yang mendalam untuk bekerja dalam bidang penyiaran mendorongnya menyertai uji bakat tersebut.

“Saya sudah lama menanam impian untuk menjadi penyampai berita. Pengalaman di RTM adalah satu kelebihan buat saya tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus saya banggakan kerana persaingan untuk menyertai rancangan realiti ini amat sengit,” katanya.

Selain Pulau Pinang, Johor Baru dan Kuching, uji bakat rancangan ini akan diadakan untuk sesi terakhir iaitu di Pusat Penyiaran Asia (Astro) Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.

Orang ramai yang berminat boleh hadir bermula pukul 9 pagi dengan membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan