Arrora Salwa Perjelas Tuduhan Bersekedudukan

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Arrora Salwa
Arrora Salwa

PETALING JAYA: Selepas dilemparkan dengan tuduhan enggan membayar hutang baru-baru ini, penyanyi Arrora Salwa sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru yang mendakwa dia bersekedudukan dengan kekasihnya pula.

Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata tuduhan yang mendakwa dia tinggal serumah dengan kekasihnya yang juga bekas anggota kumpulan Max:247 iaitu Mohd Fairuz Shaari (Alloi) adalah satu lagi fitnah yang cuba disebarkan oleh bekas pembantu peribadinya untuk mencalar reputasinya.

“Dakwaan ini (bersekududukan) adalah satu lagi fitnah yang melampau. Selepas nama saya diburukkan dengan cerita kononnya enggan membayar hutang, kali ini dia (bekas pembantu peribadi) menuduh saya tinggal serumah dengan kekasih pula?

“Saya dan Alloi ada berbincang tentang perkara ini tetapi kami lebih senang mengambil pendekatan untuk bersikap tenang kerana ia adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali,” katanya.

Arrora berkata, dia mengakui kerap berkunjung ke rumah kekasihnya namun mereka tidak pernah berdua-duaan di dalam rumah kerana lelaki itu tinggal bersama keluarganya.

“Tuduhan itu tidak ada berasas kerana kami tidak tinggal serumah seperti didakwa. Alloi tinggal bersama orang tuanya.

"Kebetulan pula, hubungan saya dan ibu bapanya memang akrab. Malah, saya kerap berkunjung ke rumahnya atau tidur di sana atas pelawaan ibu Alloi,” katanya yang enggan ambil peduli dengan dakwaan liar tersebut.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad itu menolak dakwaan kononnya dia enggan membayar hutang sejumlah RM1,400 sehingga diburu oleh seseorang.

Sebaliknya, Arrora berkata wang tersebut telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan