Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktres Nur Fazura dilihat sebagai pelaris yang mampu menarik penonton ke pawagam.
Aktres Nur Fazura dilihat sebagai pelaris yang mampu menarik penonton ke pawagam.

PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.

A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.

“Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.

“Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.

“Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.

“Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami,” katanya.

A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.

“Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.

“Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.

"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan