Nana Azmi Boleh Berjaya Biarpun Berbadan Besar

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baru Noor Liana Azmi atau Nana Azmi yakin kekuatan vokalnya menerusi single lagu pertama berjudul Raja Di Hati Ku, mampu menarik perhatian ramai walaupun tidak memiliki pakej seorang penyanyi yang sempurna.

Nana berkata, dia mengakui fizikalnya berbadan besar namun percaya peminat muzik tempatan mula bersifat terbuka tentang bentuk fizikal seseorang penyanyi.

"Diakui, fizikal saya tidaklah menarik seperti penyanyi-penyanyi lain namun, saya ingin mempertaruhkan vokal nyanyian dengan membuat percubaan pertama menerusi Raja Di Hati.

"Malah saya mengambil beberapa contoh penyanyi berbadan besar yang berjaya di tanah air seperti Adibah Noor dan Dina Nazir, mereka mampu mencipta nama dengan 'menjual' bakatnya sahaja.

"Rasanya ia bukan satu halangan atau alasan melainkan kita malas untuk berusaha," katanya

Bercerita mengenai Raja Di Hati, lagu pop itu merupakan ciptaan komposer baru, Abdul Arizal atau Apek dan lirik ditulis oleh Arliana dengan susunan muzik, Syed (Nitrus).

Tambah Nana, walaupun mesej berbentuk percintaan yang disampaikan dalam lagu ini agak klise seperti lagu-lagu penyanyi lain, melodinya mempunyai kekuatan yang tersendiri.

"Alhamdulillah, saya boleh menjiwai lagu ini dengan baik, malah ketika rakaman dilakukan, saya mengambil masa selama empat jam sahaja.

"Malah saya juga sudah merakam sebanyak tiga buah lagu lain iaitu Merpati Putih, Tentang Hidup dan Batu Loncatan untuk dimuatkan dalam album sulung saya nanti yang diterbitkan oleh syarikat DM Records Sdn Bhd," ujarnya.

Sebelum ini, Nana pernah muncul dalam program 'Jangan Lupa Lirik' pada tahun 2009 dan berjaya membawa pulang sebanyak RM100,000. Penyanyi ini juga pernah terbabit dalam pembikinan iklan dan alih suara animasi.

Dalam pada itu, penyanyi yang petah bercakap itu juga ingin cuba menonjolkan bakat lakonannya sekadar untuk mengasah bidang yang juga diminatinya itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan