Jaclyn Victor Dapat Kebebasan Bernaung Bawah KRU Studios

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaclyn Victor diberikan kebebasan untuk memberikan pandangan dan idea berkenaan konsep muziknya bersama KRU Music. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Jaclyn Victor diberikan kebebasan untuk memberikan pandangan dan idea berkenaan konsep muziknya bersama KRU Music. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jaclyn Victor (Jac) menganggap hasratnya untuk menjadi artis KRU Music merupakan satu gandingan ideal yang dapat memberikan kebebasan kepadanya untuk memilih konsep lagu dan idea kreatif berkaitan kerjaya nyanyiannya.

Jac yang sebelum ini merupakan artis rakaman bersama Sony Music selama enam tahun berkata, kerjasama dengan KRU Music yang dimeterai bermula Rabu, akan membuka ruang untuk dia mencuba muzik baru dan berbeza.

"Saya sangat teruja kerana ia memberikan perspektif dan suasana baru. Bersama KRU, saya berpeluang untuk berkongsi idea dan konsep lagu yang saya mahukan.

"Ia membabitkan perbincangan dan perkongsian idea bersama," katanya yang ditemui selepas sidang media tersebut di Hard Rock Cafe, di sini, petang Rabu.

Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, mengikat kontrak selama setahun dan bakal mengeluarkan album baru terbitan komposer terkenal, Edry Abdul Halim pada April depan.

Bercerita lanjut, Jac berkata tawaran yang menarik dan fleksibel itu menyuntik keyakinannya untuk menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

"Selepas lapan tahun bergelar artis rakaman, saya ingin 'lari' daripada identiti genre balada yang sinonim dengan saya sejak lagu Gemilang.

"KRU menawarkan konsep, muzik dan imej yang segar dan berbeza daripada kelaziman sebelum ini.

"Kreativiti dan pengalaman mereka memberikan keyakinan kepada saya untuk bekerjasama," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya yang berbaur kecewa dan terkilan dengan kerjasama yang kurang berkesan ketika bersama Sony Music, Jac berkata bakat dan kemampuannya tidak dicungkil sepenuhnya sepanjang tempoh itu.

"Masih banyak aspek berkaitan bakat nyanyian saya yang tidak dicungkil sepenuhnya sebelum ini.

"Bagaimanapun, tempoh enam tahun bersama Sony Music banyak mengajar saya selok-belok bergelar penyanyi profesional dan dunia nyanyian.

"Sebagai penyanyi yang ingin terus maju, saya perlu mencari peluang baru dan mencanai potensi untuk kekal relevan dengan perkembangan muzik semasa," katanya.

Pada majlis yang sama, Jac turut menyampaikan lagu 'single' terbaru ciptaan Edry Abdul Halim berjudul Sebelah Jiwaku.

Lagu rancak itu bakal dimuatkan dalam album studio terbarunya yang dijangka akan memuatkan enam buah lagu.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Presiden KRU Music, KC Ismail dan Edry Abdul Halim.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan