Rosnah Johari Selami Watak Ibu Tunggal

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon drama, Rosnah Johari sekali lagi memberi lakonan berkesan apabila memegang watak seorang ibu tunggal yang terpaksa memikul tanggungjawab besar selepas kematian suaminya menerusi drama berantai berjudul Bukan Aku.

Bakal disiarkan menerusi slot Bidadari bermula 26 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 11.30 pagi di TV1, drama arahan Hafiez Othman ini menyingkap suka-duka Zainun (Rosnah) yang terpaksa menguruskan syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd selain terpaksa melalu pelbagai rintangan sebagai ibu tunggal dan ahli perniagaan.

Selain Rosnah drama ini turut dilakonkan oleh Hairee Othman, Aliza Rafar, Shafiq Isam, Akma Abdullah, Noris Ali dan Shajiry.

Kisah Bukan Aku bermula apabila Hamdan meinggal dunia akibat serangan jantung dan telah memberikan tekanan kepada Zainun kerana telah diamanahkan untuk menguruskan dan menggendali syarikat miliknya.

Walaupun terpelajar, Zainun telah meninggalkan kerjayanya selepas berkahwin dengan suaminya dan menjadi suri rumah sepenuh masa telah menyebabkan dirinya keberatan untuk menerima amanah arwah suaminya.

Daripada situ timbul pelbagai konflik yang mewarnai plot drama hasil tulisan Mazelan Manan ini menjadikan ia drama bersiri yang menarik untuk ditonton.

iklan

iklan

Iklan