Seal & Heidi Klum Mahu Berpisah Secara Baik Demi Anak-Anak

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Penyanyi British, Seal menegaskan bahawa dia dan supermodel Heidi Klum masih menyayangi satu sama lain walaupun mereka telah memutuskan untuk berpisah dan berjanji untuk saling menghormati demi masa depan anak-anak.

Dalam satu rakaman oleh stesen televisyen Amerika yang bakal disiarkan Jumaat ini, Seal berkata, situasi mereka kini benar-benar menyukarkan tetapi dapat mengharunginya dengan mudah dan tenang kerana mereka masih lagi saling sayang menyayangi.

"Cinta kami sangat dalam dan kami saling hormat menghormati...saya tidak percaya seseorang itu secara tiba-tiba boleh menghapuskan rasa sayang mereka dengan begitu sahaja," katanya.

Seal ditemui ketika ditemubual dalam program Tavis Smiley, yang bertanya mengenai berita perceraian mereka selepas membicarakan tentang pelancaran album Seal yang terbaru.

Tambah Seal; "Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berada dalam situasi sepertinya ini ialah untuk terus kekal waras dan mengekalkan kehormatan diri kerana bukan saya seorang sahaja yang berhadapan dengan masalah ini dalam dunia ini.

"Cuma malangnya ini telah tertulis untuk menjadi sebahagian daripada kisah hidup anda..."

Pelbagai laporan media telah menyiarkan berita pada hujung minggu lalu mengenai keputusan Klum untuk memfailkan perceraian dengan Seal di Mahkamah Daerah Los Angeles .

Pasangan popular ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga orang anak. Mereka terkenal sebagai pasangan yang kelihatan ideal dan sentiasa melafazkan rasa cinta secara terbuka.

Pasangan ini juga memelihara anak perempuan Klum hasil hubungannya dengan peneraju sirkit Formula Satu, Flavio Briatore.

Kedua-dua belah pihak mengakui sementara mereka masih saling cinta mencintai tetapi pada masa yang sama mereka semakin terpisah jauh akibat perbezaan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun kata Seal, masa depan anak-anak mereka adalah lebih penting dan mereka akan mencari jalan untuk berpisah secara baik dan mengelakkan pergaduhan.

Ketika ditanya apa akan berlaku jika perceraian mereka berakhir dalam keadaan yang tegang, Seal menjawab; "Kami bukannya pasangan yang tergolong dalam kategori tersebut, malah kami tidak pernah benar-benar bertekak atau bergaduh.

Kata Seal, walaupun ini adalah keadaan yang sangat sukar dalam hidupnya tetapi dia sentiasa berfikiran positif dan percaya jika sesuatu pasangan itu masih saling sayang menyayangi mereka akan cuba mengelakkan pergaduhan atau menyakiti hati masing-masing.

"Malah ini akan memudahkan proses perpisahan kami," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan