Yantzen Sudah Terbiasa Hidup Menduda

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yantzen
Yantzen

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Insan, Yantzen berkata dia sudah terbiasa hidup bersendirian selepas hampir 8 tahun bercerai dengan pelakon Sharifah Noor Haslinda (Lynn).

Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 54, berkata pada usia begini mencari isteri baru bukan lagi menjadi keutamaannya, sekalipun dia mengakui adakalanya berasa sunyi apabila bersendirian di rumah.

“Saya sudah terbiasa hidup menduda. Jadi saya tidak kisah pun apabila hidup bersendirian.

“Pada usia begini, soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki bagi meneruskan hidup,” katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Yantzen dan Lynn berkahwin pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Aliff Ronan yang kini berusia 13 tahun.

Ketika diusik pertanyaan tidakkah dia berasa sunyi apabila bersendirian di rumah, Yantzen berkata: “Saya ada ramai kawan. Selalunya, saya akan bersama dengan mereka.

“Kalau bersendirian di rumah, memanglah perasaan sunyi dan sepi itu datang tapi ia bukan masalah besar bagi saya,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Yantzen berkata dia masih aktif menyanyi dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara.

“Saya masih aktif menyanyi sehingga kini. Kalau hendak tahu, jadual jemputan nyanyian saya penuh sepanjang Disember tahun lalu.

“Pada bulan ini pun saya sudah dipanggil untuk mengadakan persembahan di beberapa acara dan majlis korporat,” katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan lagu atau album baru.

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade (1986 hingga 1989) dan May (1992 hingga 1995).

Menerusi album solonya Impian yang diterbitkan pada 1994, Yantzen menempa populariti menerusi lagu Insan, ciptaan Datuk M. Nasir.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan