ntv7 Siar Program Menarik Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Poster Groundbreaking Music Festival 2012 (Shenzen)
Poster Groundbreaking Music Festival 2012 (Shenzen)

PETALING JAYA: Bagi memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, saluran ntv7 meneruskan tradisi dengan hidangan pelbagai program berbentuk komedi, hiburan dan konsert serta filem dan drama menarik.

ntv7 akan memulakan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun naga ini dengan program Feng Shui & Custom 2012 yang dihoskan oleh Jane dan pakar Feng Shui.

Mereka akan memaparkan analisa dan ramalan ekonomi negara, tuah dan untung nasib yang dijangka berlaku pada sepanjang tahun ini. Ia akan disiarkan pada pukul 10 pagi, Isnin.

Menyusul selepas itu, penonton Saluran Ceria Anda akan terus disajikan dengan sebuah konsert khas kumpulan dari Taiwan, Mayday dalam Mayday DNA Concert Special.

Pertama kali disiarkan di Malaysia, konsert ini akan ditayangkan pada pukul 11 pagi, Isnin.

Tidak berakhir di situ, peminat muzik dan konsert akan terus dihiburkan dengan Groundbreaking Music Festival 2012 (Shenzen) Bahagian Pertama yang menampilkan Zhang ZiYi, Sammi Cheng, Han Geng, Andy Hui, Huang XiaoMing dan Khalil Fong.

Konsert tahun baru ini akan ditayangkan pada pukul 1.30 petang, Isnin.

Sebuah program menarik yang memaparkan cara selebriti menyambut tahun baru di luar negara berjudul Away From Home Part One akan dihoskan oleh Nicholas Ong.

Ia akan disiarkan pada pukul 6.30 petang, Isnin.

Pada hari kedua Tahun Baru Cina iaitu 24 Januari ini, penonton akan disajikan dengan filem romantik berjudul Wedding Game yang julung kali disiarkan di Malaysia.

Filem lakonan Fann Wong, Christopher Lee, Charles Chen, Daniel Tan dan Alice Lau ini bakal disiarkan pada pukul 10 malam.

Kerancakan perayaan ini berterusan pada hari ketiga (25 Januari) dengan filem Ninth Happiness yang dibintangi Leslie Cheung, Gigi Lai dan Raymond Wong.

Filem arahan Clifton Ko ini akan menemui penonton pada pukul 10 malam.

Sementara itu, sebuah telefilem cinta menarik The Superb Match Makers lakonan William San, Wayne Chua, Frederick Lee, Yeo Yann Yann, Leslie Chai, Melvin Sia dan Mayjune Tan pula akan disiarkan pada 30 Januari ini pukul 10 malam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan