Mata Bipasha Basu Terkena Jangkitan Kuman

Diterbitkan: Isnin, 23 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bipasha Basu
Bipasha Basu

MUMBAI: Pelakon dan bekas model India, Bipasha Basu terpaksa membatalkan semua sesi fotografi dan rakaman berkaitan promosi lagu Bipasha Bipasha yang dipetik daripada filem terbaru berjudul Jodi Breakers kerana matanya dijangkiti kuman.

“Mata saya terkena jangkitan konjunktivitis pada pagi ini dan saya terpaksa membatalkan semua fotografi dan rakaman. Berasa tidak berupaya kerana terlalu banyak kerja yang masih tertangguh.

“Waktu sebegini membuatkan anda sedar betapa tertekannya bergelar seorang pelakon! Seluruh pasukan menunggu anda dan anda tiada jawapan spesifik untuk diberikan,” kata aktres berusia 30 tahun itu dalam kemas kini di akaun Twitter miliknya.

Dalam filem arahan Ashwini Chaudhary itu, Bipasha bergandingan dengan aktor popular Tamil, R. Madhavan.

Ia dijadualkan menjengah pawagam pada 24 Februari depan. - IANS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan