Tahun Baru Cina: Tvi Paparkan Lima Program Menarik

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TVi (Saluran 180 Astro) akan memaparkan pelbagai program menarik sepanjang sambutan Tahun Baru Cina ini.

Dengan variasi program hiburan, telefilem dan program bual bicara yang mensasarkan penonton di kalangan remaja pastinya menjadikan TVi sebagai salah satu pilihan penonton untuk berhibur meraikan perayaan ini.

Justeru itu usah ketinggalan menyaksikan lima program menarik iaitu Ping! pada 21 Januari pukul 9.30 malam, diikuti dua telefilem bertajuk Tanglung Bulan Semalam pada 23 Januari (pukul 12 tengahari) dan Biar Waktu Menjemputmu pada 28 Januari (pukul 12.00 tengahari).

Menariknya, para penonton juga turut diajak berhibur menerusi Muzikal Dragon Variety Show pada 6 Februari pukul 3.00 petang.

PING! yang dikendalikan oleh Ninie Ibrahim dan Sonic Hussein menampilkan segmen bual bicara yang membincangkan mengenai topik hiburan semasa tempatan. Selain itu terdapat juga segmen persembahan daripada artis popular tanah air dan segmen 'gameshow' bersama penonton.

Menarik lagi Ping! membincangkan topik 'Hala Tuju Artis Cina' dengan menjemput Prema Yin, Angelina Tan, Wilson Tan dan Winnie Kok sebagai tetamu undangan.

Telefilem menarik bertajuk Tanglung Bulan Semalam juga menemui penonton yang menyaksikan konflik yang wujud antara Madam Su dan Razlan apabila anak perempuannya jatuh cinta terhadap Razlan yang berbangsa Melayu.

Ia dibintangi oleh Adeline Tsen, Mandy Chong, Kenji Sawahii, Nadia Mustafa, Kalpana Devi dan Jay Iswazir.

Tidak ketinggalan, telefilem Biar Waktu Menjemputmu lakonan Soosan Hoh, Memey Suhaiza, Norisz Ismail dan Marlin Malalin mengisahkan tentang seorang bayi perempuan yang berketurunan cina telah diserahkan kepada satu keluarga Melayu disebuah perkampungan nelayan. Adakah anak tersebut bertemu kembali dengan ibubapa kandungnya?

Berhibur juga dengan rancangan muzikal khas Tahun Baru Cina (Chap Goh Meh), Muzikal Dragon Variety Show yang berkonsepkan pertandingan kumpulan di mana ahli-ahli kumpulan bersatu dan bekerjasama mengharungi cabaran yang diatur seperti masakan, hiasan dan nyayian untuk lagu Tahun Baru Cina selain pengetahuan tentang tradisi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan