Spice Girls Bakal Muncul Di Olimpik London 2012

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN wanita yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu, Spice Girls, bakal mengadakan persembahan membuat kemunculan 'reunion' pada acara pembukaan sukan Olimpik London 2012.

Menurut laporan portal Music_news, salah seorang ahlinya, Mel B yang mencadangkan untuk bertemu kembali pada acara tersebut dan telahpun meyakinkan rakan-rakannya seperti Geri Halliwell, Mel C, Emma Bunton dan Victoria Beckham.

"Ini merupakan peluang besar untuk tampil di hadapan penonton seluruh dunia dan pastinya kerinduan para peminat terhadap persembahan mereka akan terubat.

"Saya percaya para atlit terbaik dunia juga mahukan hiburan daripada Spice Girls sebagai tanda menaikkan semangat mereka," kata sumber kepada Music_News.

Pada tahun lalu, Mel C yang merupakan peminat sukan olahraga pernah berkata Olimpik London adalah masa yang sangat sesuai untuk kumpulannya muncul di pentas pembukaan acara itu.

"Mengadakan persembahan pada acara sukan yang berprofil besar itu adalah satu idea yang menarik. Saya harap kami berlima benar-benar dapat mengadakan 'reunion' di sana," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan