Seal, Heidi Klum Bakal Bercerai

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Supermodel Heidi Klum dan Seal bakal memfailkan perceraian pada minggu depan.
Supermodel Heidi Klum dan Seal bakal memfailkan perceraian pada minggu depan.

SUPERMODEL Heidi Klum dilaporkan oleh laman web thesun.uk bakal memfailkan perceraiannya dengan penyanyi Seal selepas enam tahun berkahwin.

Menurut laporan di laman web TMZ, pasangan itu dijangka memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Tinggi Wilayah LA pada awal minggu depan.

Difahamkan, model Jerman yang berusia 38 tahun itu memfailkan perceraian atas dasar tiada lagi persefahaman di antara mereka.

Pada Jumaat, penyanyi R&B kelahiran London itu berkongsi kemas kini di akaun Twitter peribadinya dengan pesanan yang berbunyi “Sudah berakhir”, seolah memberikan pembayang bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Seal, 48, melamar Klum di dalam sebuah iglu yang dibina oleh penyanyi itu di kawasan glasier di Kanada pada Disember 2004.

Pasangan yang memiliki empat anak iaitu Leni, tujuh, Henry, enam, Johan, lima dan Lou, dua tahun, itu dikenali ramai kerana keharmonian mereka yang gemar memperbaharui ikrar perkahwinan pada setiap tahun.

Berita perceraian itu menggemparkan peminat pasangan itu.

Forbes melaporkan, Heidi menjana pendapatan sebanyak RM63 juta pada tahun lalu manakala pendapatan Seal pula masih tidak diketahui.

Bagaimanapun, penyanyi itu sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Soul 2.

Masih tidak diketahui bagaimana mereka akan membahagikan harta tersebut selepas bercerai kelak.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan