Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.

PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus akibat jangkitan kuman dalam darah dan terkena virus kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung tersebut pada pukul 11 pagi Sabtu.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Anak kedua daripada empat beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum mengalami masalah kesihatan semula sejak dua minggu lalu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan