Avril Lavigne & Brody Jenner Nafi Putus Cinta - Berita Hiburan | mStar

Avril Lavigne & Brody Jenner Nafi Putus Cinta

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Avril Lavigne dan Brody Jenner menegaskan mereka belum lagi putus cinta seperti yang didakwa oleh kebanyakkan pihak media.

Menurut laporan laman portal Contactmusic, pasangan ini telah membuat kenyataan menerusi akaun Twitter masing-masing mengatakan perhubungan mereka masih lagi baik seperti biasa.

"Saya benar-benar terkejut dengan semua berita palsu itu. Avril masih lagi dengan ku dan dia merupakan wanita yang paling rapat. Saya cintakannya," kata Brody pada entri Twitter miliknya.

Kemudian, Avril pula membalas, "Aku juga cinta kamu @BrodyJenner."

Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan putus cinta gara-gara aktiviti muzik Avril yang begitu padat sehingga menyebabkan mereka jarang bertemu.

Sepanjang percintaan mereka. Avril telah membuat tatu pada bahagian kanan dadanya tertulis nama Brody manakala saudara Kim Kardashian itu pula membuat tatu nama Avril pada bahagian lengannya.

Avril juga pernah menyatakan ingin berkahwin lagi walaupun pernah melalui pengalaman pahit bercerai dengan ahli kumpulan Sum41, Deryck Whibley.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan