'Panggilan Hangit' Tamat Bukan Kerana Elak Di Saman

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan deejay AM Krew
Barisan deejay AM Krew

PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmen Panggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

"Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

"Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

"Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas ‘terkena’ dalam segmen ini.

"Sudah lima tahun segmen ini diperkenalkan dan tibalah masanya Hot FM melakukan perubahan baru pula," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Difahamkan seorang artis wanita veteran popular dikatakan berang selepas terperangkap dalam segmen berkenaan menyebabkan dia membuat aduan kepada pihak atasan stesen tersebut selain bercadang mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun tambah Seelan pihaknya masih belum memikirkan segmen sesuai yang akan menggantikan Panggilan Hangit dan masih di peringkat perbincangan mengenai pembaharuan yang akan dilakukan itu.

Walaupun menerima pelbagai respons daripada para pendengar Hot FM mengenai penamatan segmen tersebut, pihaknya tetap nekad dengan keputusan yang dibuat.

"Memang ramai pendengar yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Panggilan Hangit ditutup. Sampaikan saya 'dikejar' dalam laman akaun Twitter saya supaya menjawab kenapa ia dihentikan.

"Saya juga berasa sedih dengan keputusan untuk menghentikan segmen ini yang merupakan kegemaran ramai. Tetapi perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan semua," ujarnya.

Panggilan Hangit kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail merupakan sebuah segmen yang diwujudkan untuk ‘memerangkap’ orang ramai apabila deejay bertugas akan membuat panggilan kepada individu tertentu dengan topik yang telah dirancang dengan tujuan untuk 'mengenanya'.

Pada pagi Khamis, pengumuman ringkas mengenai keputusan untuk menamatkan segmen itu telah dibuat oleh Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG melalui program AM krew.

Antara artis yang pernah terkena dengan Panggilan Hangit ialah Lisa Surihani, Tomok, Jaclyn Victor, Wardina Safiyyah, Fauziah Ahmad Daud, Karam Singh Walia, Intan Ladyana, Akim dan Stacy.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan