Hazama Terkilan Tidak Terlibat Dalam Klip Video 'Pokok'

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Meet Uncle Hussein dan Hazama. Foto diambil dari ohbulan.com
Meet Uncle Hussein dan Hazama. Foto diambil dari ohbulan.com

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama berasa terkilan kerana tidak terlibat dalam pembikinan klip video lagu Pokok, nyanyiannya bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH).

Hazama berkata, dalam klip video yang diarahkan oleh Ghaz itu, penyanyi lain iaitu Nubhan pula seolah-olah yang lebih menonjol sedangkan lagu yang dinyanyikan dalam album itu adalah suaranya.

"Memang saya sedikit terkilan kerana tidak terlibat dengan klip video itu sedangkan pada mulanya saya difahamkan akan diberi peranan menyertainya.

"Bagaimanapun, ketiadaan saya mungkin disebabkan pihak pengurusan saya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan MUH tidak mencapai persetujuan bersama dalam perbincangan berkenaan soal bayaran.

"Saya sebenarnya tidak kisah pun untuk bekerjasama dengan MUH walaupun tiada sebarang bayaran kerana mereka (MUH) adalah kawan-kawan saya," katanya.

Tambah Hazama, walaupun terkilan dengan hal tersebut, dia tidak menyalahkan sesiapa termasuklah MUH dan Nubhan yang dianggap sebagai rakan industri.

Dalam klip video berkenaan, Pokok divisualkan dengan barisan anggota kumpulan MUH sedang bermain alatan muzik masing-masing di bawah pokok.

Dan kemudiannya, paparan seorang doktor (Dira Abu Zahar) memegang bayi serta ustaz muncul daripada sebuah pokok lain pula.

Akhir sekali Nubhan pula yang muncul dengan berpakaian sut putih lalu mencapai mikrofon sambil beraksi menyanyikan lagu berkenaan.

Sementara itu, pengurus peribadi MUH yang dikenali sebagai Kimi berkata, klip video yang dirakamkan pada Ogos tahun lalu itu sepatutnya melibatkan Hazama.

Bagaimanapun gara-gara terdapat sedikit konflik daripada segi perancangan kerja, pihak MUH terpaksa mengambil Nubhan menggantikan tempatnya.

"Sama ada Hazama terlibat atau tidak dalam klip video ini, ia memang tidak menunjukkan siapa penyanyi sebenar sebaliknya beberapa karakter dalam klip itu sekadar dijadikan simbolik sahaja.

"MUH ingin menunjukkan kumpulan ini masih lagi boleh bergerak dengan penghasilan lagu-lagu yang berkualiti walaupun tidak mempunyai vokalis sendiri," tegasnya.

Tambah Kimi, MUH bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru dan penyanyi undangan (sesionist) baru pada hujung bulan ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan