Kenali Minat Lelaki Menerusi 'What Men Want'

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Enam lelaki (dari kiri) Fendi, Ken, Kit, Wolfie, Narmi dan Gerrit terpilih dalam What Men Want bagi memaparkan realiti sebenar kehidupan kaum lelaki. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Enam lelaki (dari kiri) Fendi, Ken, Kit, Wolfie, Narmi dan Gerrit terpilih dalam What Men Want bagi memaparkan realiti sebenar kehidupan kaum lelaki. - Foto oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul percaya siri realiti terbaru What Men Want (WMW) akan membuka mata penonton untuk mengenali kaum lelaki secara lebih jelas menerusi paparan isu-isu berkaitan golongan berkenaan dalam program itu.

WMW sebanyak 13 episod akan disiarkan bermula 28 Januari ini selama sejam pada setiap Sabtu pukul 10 malam menerusi saluran ntv7.

Airin berkata pengisian dan konsep WMW mengambil masa selama empat tahun untuk dihasilkan kerana pihaknya mahu memaparkan program yang segar dan berbeza daripada program realiti yang sedia ada.

“Sebelum ini, ntv7 banyak memberi fokus kepada program berbentuk gaya hidup dan wanita yang mana ia disasarkan pada kelompok penonton yang terhad.

“Untuk tahun ini, kami berharap penerbitan WMW yang berkisar kepada dunia lelaki ini dapat mengembangkan penonton sasaran kami kepada kelompok yang lebih besar.

“WMW bukan pertandingan realiti untuk merebut hadiah atau mempertaruhkan bakat, sebaliknya ia adalah medan yang memaparkan isu-isu dan kisah kehidupan sebenar kaum lelaki,” katanya yang ditemui selepas sidang media program berkenaan, di Menara Batu Kawan, Damansara Perdana, di sini, Selasa lalu.

Enam pemuda yang terpilih adalah Gerrit, Fendi, Narmi, Kit, Ken dan Wolfie yang masing-masingnya mempunyai latar belakang dan personaliti berbeza.

Berbeza daripada program berbentuk pencarian pasangan atau temu janji, WMW diterbitkan untuk menolak persepsi atau pandangan stereotaip orang ramai terhadap pemikiran dan sikap kaum lelaki selama ini.

Airin berkata apa yang diharapkan daripada paparan selama tiga bulan kehidupan enam peserta itu adalah masyarakat akan lebih memahami pemikiran, perasaan, cara hidup dan keinginan lelaki secara lebih jelas.

“Saya akui enam peserta yang dipaparkan dalam program ini bukan kayu ukur lengkap dan tepat untuk mewakili sikap dan pemikiran sebenar semua lelaki di luar sana.

“Setidak-tidaknya, mereka ini dipilih berdasarkan latar belakang dan kriteria yang berbeza bagi menggambarkan secara rawak dan jelas tentang dunia lelaki,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinannya pada sambutan penonton apabila ia ditayangkan kelak, Airin berkata konsep dan pengisian yang segar program itu pasti akan menarik minat mereka.

“Paparan kehidupan seharian mereka selama tiga bulan dalam program itu pasti akan mengundang perdebatan, perkongsian pendapat dan forum di kalangan penonton kelak.

“Konsep dan pengisian yang berbeza dan pertama kali seumpamanya di Malaysia akan menjadi bualan ramai apabila ia disiarkan nanti,” katanya.

Terdahulu, pertandingan realiti What Women Want mengenai persaingan 13 peserta bujang untuk memahami kemahuan dan kehendak kaum wanita pernah disiarkan di 8TV pada 16 Disember 2006 hingga 1 Mac 2007.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan