Shazrin Bersyukur Walaupun Hanya Memegang Watak Jin

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Shazrin Sazwan.
Muhammad Shazrin Sazwan.

PETALING JAYA: Pelakon yang popular dengan drama bersiri Ceplos, Muhammad Shazrin Sazwan menjelaskan tidak kisah jika sering diberi watak sebagai jin atau hantu dalam drama atau filem.

Muhammad Shazrin sebaliknya berkata, dia bersyukur dengan peluang diberikan oleh penerbit drama atau filem dan menyifatkan sebagai rezeki dalam bidang lakonan.

"Saya tidak kisah sering dikaitkan dengan watak jin atau hantu kerana menerusi peranan itu yang telah mempopularkan diri saya terutamanya melalui siri Ceplos.

"Tiada ada sebab untuk saya merungut kerana itu adalah rezeki saya dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, jika diberi peluang dia ingin membawa watak yang lebih mencabar seperti memegang peranan sebagai gengster, orang hilang upaya dan sebagainya.

Ujarnya, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan secara tidak sengaja tetapi setelah beberapa ketika melakukannya dia semakin cintakan bidang itu.

"Saya sebelum ini hanyalah seorang pembantu kepada jurukamera tetapi sejak berlakon saya semakin seronok dan mula mendalami selok-belok mengenai lakonan.

"Sudah tentu saya ingin mengembangkan sayap sebagai pelakon yang berkaliber dan berkebolehan memegang pelbagai watak," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Shazrin berkata, pengalaman membintangi filem pertamanya, Pak Pung arahan Fauzi Nawawi cukup mencabar kredibiliti sebagai pelakon.

Ujarnya, walaupun masih memegang watak jin dalam filem tersebut, tetapi menurutnya ia berlainan daripada sebelum ini kerana perlu memainkan peranan sebagai jin lembut.

"Susah sebenarnya nak membawa watak lembut kerana perlu membuat lenggok badan yang lemah gemalai dan gaya percakapan berbeza. Bagaimanapun Abang Fauzi banyak membantu dalam menghidupkan watak tersebut.

"Bagaimanapun saya seronok dapat memegang watak ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dalam teknik lakonan," ujarnya.

Selain dirinya, antara nama yang turut terlibat dalam Pak Pung adalah seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan